[Video] Terkena renjatan elektrik depan rumah dilanda banjir, bapa hilang 3 anak gadis serentak
Berita tentang pemergian tiga beradik yang dipercayai terkena renjatan elektik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak pagi tadi sememangnya mengejutkan.
Menerusi laporan dari Berita Harian, mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu kira-kira 11.45 pagi.
Sorang pegang tiang, yang lain pun kena sama
Difahamkan, salah seorang daripada mangsa telah memegang tiang rumah sebelum dua orang lagi terkena renjatan memandangkan turut berada di hadapan rumah mereka.
Hal tersebut telah disahkan sendiri oleh salah seorang ahli keluarga mereka dikenali sebagai Mohd Amin Mohd Nazir, 25.
Bapa kelihat lemah dan sayu
Menerusi beberapa gambar yang tular di media sosial, dapat dilihat bapa ketiga-tiga mangsa lemah melihat anak-anak gadisnya terapung tidak bernyawa disebabkan terkena renjatan elektrik di hadapan rumah mereka.
Masing2 masih bertudung & menutup aurat
Dia juga dilihat membetulkan kedudukan anggota tubuh anak-anaknya yang masih bertudung dan menutup aurat.
Pilu hati lihat kejadian ni
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa-mangsa yang terkorban akibat renjatan elektrik itu.
Mereka juga mendoakan agat ketiga-tiga mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan menyedekahkan al-Fatihah kepada semua mangsa.
Meninggal dalam keadaan menutup aurat
Salam takziah buat ahli keluarga mangsa
Sedih tengok video tiga beradik tu
Sumber: Berita Harian (Siti Rohana Idris)