[Video] Tercucuk pin tudung, Mas Idayu siku pembantu artis netizen komen “cakap la elok-elok”

[Video] Tercucuk pin tudung, Mas Idayu siku pembantu artis netizen komen “cakap la elok-elok”

Viral satu video di media sosial TikTok baru-baru ini memaparkan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu dilihat memarahi seorang individu yang membantu membetulkan tudung yang dipakainya.

Dalam video tersebut, Mas Idayu bertindak menyiku dan menegur wanita itu agar memohon maaf jika melakukan kesilapan.

@mnazz80

setuju tak? #fyp #fypシ #masidayu #nazzmughni1 #netizen #viral #tiktokmalaysia #tiktokindonesia

♬ Coffee – beabadoobee

Sakitlah. Betul-betul boleh tak? Kau ni belajar ke apa ? Berapa kali dah tercucuk mami tau. Ya Allah budak ni. Hari tu kena zip. Minta maaf.

Berikutan itu, wanita berkenaan meminta maaf kepada Mas Idayu dan mengakui kesilapannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meninggalkan komen dan reaksi yang pelbagai terhadap tindakan Mas Idayu itu.

 

 

Kebanyakan netizen meluahkan rasa tidak senang dan beranggapan penyanyi yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan itu tidak patut bertindak demikian.

Jangan sombong, harta kemewahan tuhan pinjamkan sekejap saja. Tiada manusia tak pernah buat silap.

Cakap elok-elok la Mas Idayu, kesian tengok budak tu la.

SUMBER : TikTok