[Video] Sweet! Shuib dan Wan Sharmila buat ‘swipe up challenge’, ramai pula yang kenenkan mereka

[Video] Sweet! Shuib dan Wan Sharmila buat ‘swipe up challenge’, ramai pula yang kenenkan mereka

Nampaknya, spekulasi mengenai hubungan pelawak dan usahawan, Shuib bersama pelakon Wan Sharmila masih menjadi bualan netizen di media sosial sehingga ke hari ini.

Mana tidaknya, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di laman TikToknya, kelihatan dia bersama aktres tersebut membuat konten bersama sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dan tanda tanya netizen.

 

@shuibsepahtu

Nak LIKE ke Nak SWIPE??? @Wansharmila Lala #fyp #swipe

♬ original sound – Shuib Sepahtu – Shuib Sepahtu

Dalam video itu, kedua-dua selebriti tersebut sedang ‘asyik’ melakukan trend lagu yang berjudul Swipe nyanyian Alyph di laman sosial.

Nampak sesuai la mereka berdua ni!

Malah, keakraban Shuib bersama Wan Sharmila telah membuatkan ramai netizen merestui hubungan kedua-kedua selebriti itu memandangkan mereka kelihatan sesuai untuk hidup bersama.

 

Wan Sharmila okay, jangan dengan Wati

Bukan itu sahaja, netizen turut berpendapat Shuib tidak sesuai untuk menjalinkan percintaan bersama usahawan wanita yang dikenali sebagai Wati Hanifiah dimana pernah menjadi kontroversi sebelum ini dengan memakai baju sedondon walaupun tidak bergambar bersama-sama.

.

Sumber: TikTok @shuibsepahtu