[Video] Suri rumah dipukau 3 penyamun paksa keluar RM10K dari ATM, barang kemas pun lesap

[Video] Suri rumah dipukau 3 penyamun paksa keluar RM10K dari ATM, barang kemas pun lesap

Seorang suri rumah terpaksa menanggung kerugian RM16,000 dipercayai akibat dipukau tiga individu ketika sedang membeli barangan keperluan rumah di salah sebuah premis di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor.

Hilang RM16k sebab dipukau?

Menerusi laporan Utusan TV, mangsa yang dikenali dengan nama Siti Abd Hamid berusia 56 tahun mendakwa terdapat dua wanita menghampirinya sebelum salah seorang memegang lengan kanannya sehingga menyebabkan dia pening dan tidak sedarkan diri. Menurut anak mangsa iaitu Mohd Hairy Mohd Yunus, ibunya kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki sebelum seorang suspek perempuan mengacukan pisau ke arahnya dan meminta rantai dan loket emas miliknya.

Tidak cukup dengan itu, mereka kemudian bertanya sama ada mangsa memiliki wang atau tidak tetapi mangsa memberitahu dia hanya membawa kad bank sahaja. Susulan daripada itu, mereka telah membawa mangsa ke mesin teler automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang sebanyak RM10,000.

Mereka akhirnya berjaya mengambil wang tersebut dan meninggalkan mangsa di sebuah bank dekat Taman Desa Cemerlang. Difahamkan, laporan polis sudah dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Video

Sumber: UtusanTVTikTok