[Video] Shalma Eliana jawab isu dibomoh gara-gara Ismail Izzani “Allah kan ada…”

[Video] Shalma Eliana jawab isu dibomoh gara-gara Ismail Izzani “Allah kan ada…”

Nama penyanyi, Ismail Izzani kerap diperkatakan sejak kebelakangan ini susulan tular satu video seorang pemuda mirip dirinya yang sakan bercium di kelab malam dengan seorang wanita seksi.

Perkara tersebut masih menjadi tanda tanya dan pihak Ismail sendiri belum membuka mulut menjelaskan hal berkenaan sama ada dia ataupun sekadar video yang ingin menjatuhkan reputasinya sebagai artis.

Nama Shalma Eliana kena petik pula

Namun begitu, disebabkan video berkenaan viral, nama bekas kekasih penyanyi tersebut juga terheret sama. Shalma Eliana yang pernah menjalin cinta dengan Ismail turut tidak terlepas diajukan soalan daripada netizen susulan daripada kes video terbabit.

 

Soalan dari netizen

Merujuk kepada laporan yang ditulis Gempak, Eliana yang kini melanjutkan pengajian ke luar negara ada menjawab di ruangan Insta Story miliknya satu pertanyaan daripada netizen yang ingin tahu sama ada benar ataupun tidak dia pernah disihir oleh seorang wanita gara-gara bekas teman lelaki.

“Saya baca di Boom! pasal perempuan bomoh awak. Betul ke? Seram,” tanya individu tersebut.

 

 

Semoga terus dilindungi Allah

Walaupun tidak menjawa iya ataupun tidak, adik kepada pengacara televisyen, Shalma Aina itu mengatakan yang dia tidak tahu mahu merespon bagaimana dengan soalan yang diterima.

Namun memaklumkan yang kita seharusnya terus berdoa supaya dilindungi dan dijauhkan dari perkara tidak diingini  kerana Allah ada bersama kita.

“Saya tak tahu macam mana nak respon. Tapi kita doa saja supaya sentiasa dilindungi dan dijauhkan dengan perkara tidak diingini. Allah kan ada. Kita nak takut apa,” katanya.

 

 

Susah cari pengganti

Dalam pada itu, Eliana juga sempat memaklumkan yang dirinya kini belum lagi bersedia untuk mencari pengganti  selepas setahun berpisah dengan Ismaik Izzani dan lebih suka dengan kehidupan sekarang.

“Saya dah tak tahu macam mana nak suka orang dah. Tak tahu la sebab trauma ke? Saya rasa isu kepercayaan. Tapi saya memang susah nak suka orang dah. Bila saya tengok orang hensem, okay kemudian bye.
 “Nak berkenalan dan pergi keluar makan, boleh saja. Tapi crush tak ada. Macam mana nak cari jodoh, kalau nak suka orang pun tak boleh,” ujarnya.

 

 

Untuk rekod, Shalma Eliana dan Ismail Izzani telah menjalinkan hubungan cinta sejak berkenalan pada tahun 2014. Setelah beberapa tahun bergelar pasangan kekasih, mereka dilihat membawa haluan masing-masing sejak November tahun lalu.

Sumber: Gempak (Asyikin Mayudin)