[Video] Makin seksi, netizen dakwa isteri Yonnyboii ‘culture shock’

[Video] Makin seksi, netizen dakwa isteri Yonnyboii ‘culture shock’

Penyanyi Yonnyboii dan isteri tercinta, Nik Nazira sering menjadi mangsa kritikan pengguna media sosial gara-gara penampilan diri.

@niknazira

U DONT EVEN EXIST TO ME

♬ original sound – mitch

Terbaru, Yonnyboii dan Nazira sekali lagi menuai kecaman daripada wargamaya di akaun TikTok. Pasangan muda ini dilihat mengikuti trend berpakaian seksi sambil berjalan seperti model menggunakan lagu Gaga Dance.

Yonnyboii dan Nazira memilih untuk sedondon apabila mengenakan busana berwarna hitam. Bagaimanapun, pakaian isterinya dilabel sebagai mencolok mata kerana menampakkan kulitnya pada bahagian lengan dan perut serta skirt terlalu singkat.

Jodoh cermin diri

Ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik Nazira itu dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada pengikut. Rata-rata netizen sakit mata melihat baju ‘seksi’ yang digayakan itu.

Ada juga yang mendakwa Nazira makin menjadi-jadi sejak tidak bertudung selain ‘cultural shock’ (kejutan budaya) selepas berkahwin dengan pemilik nama Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin.

Sebelum ini, pelantun lagu Sakit mengakui tidak pernah memaksa Nazira untuk mengubah imej secara mendadak.

Terdahulu, Yonny dan Nazira berkahwin pada 20 November tahun lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: TikTok @niknazira