[Video] Ramai terkejut & tak sangka Thanuja hafal nasjid 25 rasul
Sebagai salah seorang yang beragama Islam tiada apa yang pelik bila ada yang hafal nama 25 Rasul. Apatah lagi apabila kumpulan nasyid popular, Raihan pernah mengeluarkan lagu dengan judul 25 Rasul satu ketika dulu.
Namun begitu, baru-baru ini tular di salah satu sosial media dengan rakaman seorang selebriti bukan Islam dikenali dengan nama Thanuja hafal nasyid 25 Rasul. Rakaman tersebut telah membuatkan ramai terkejut mendengarkannya.
Manakan tidak, Thanuja dapat menyanyikan lagu nasyid yang menyebut nama 25 Rasul tersebut dengan lancar sekali. Pelakon dan pengacara televisyen wanita ini berjaya membuatkan ramai kagum selepas menyaksikan rakaman ini.
Berikut adalah perkongsian rakaman dengan paparan Thanuja hafal nasyid 25 Rasul yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun brenda_za8:
@brenda_za8 Speechless Miss World Malaysia tahun 2009 Miss Thanuja Ananthan seorang yg humble tak kira bangsa dan agama berbeza hafal lagu Para Nabi dan selawat 🥺 .. Mesti belajar time sekolah dulu .. #thanujaananthan #missworldmalaysia #actress #model #tvhost #publicfigure #artistmalaysia #fyp #fypシ゚viral🖤tiktok #fypage #foryoupage
Mungkin ramai juga yang sudah menghafal nama 25 Rasul ini selepas mendengarkan lagu popular dari Raihan tersebut. Jika tidak mungkin agak sukar juga untuk menghafalnya.
Tapi untuk mendengarkan seseorang yang bukan Islam menghafalnya cukup buat ramai rasa kagum. Luar biasa betul penangan lagu nasyid dari kumpulan Raihan ya!
Di ruangan komen rata-rata warganet akui kagum menyaksikan rakaman yang dikongsikan ini. Berikut antara luahan ramai yang ditinggalkan di ruangan tersebut:
“Actually alunan2 dia menenangkan jiwa”
“Sampai la ni mesti nyanyi baru lancar dengan jayanya. Kalau sebut satu2 gagap nauzubillah”
“Hahaha part yang berbelit tu aku pon sama tak hafal part tu”
“90s kid Raihan is phenomenal”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut: