[Video] PU Amin minta Ustazah Siti Afiffah kawal diri, henti kongsi info tidak sahih

[Video] PU Amin minta Ustazah Siti Afiffah kawal diri, henti kongsi info tidak sahih

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh seorang pendakwah dikenali sebagai Ustazah Siti Afifah kerap muncul di media sosial dan kadang kala mengelirukan warganet.

Makan ubat tahan sakit masuk neraka?

Baru-baru ini, satu lagi video menunjukkan kenyataan dari pendakwah tersebut telah menjadi perdebatan apabila mengatakan yang pengambilan ubat tahan sakit boleh menyebabkan kita masuk ke dalam api neraka.

 

@malaysianupdatenews

Ustazah bagi teguran, makan ubat tahan sakit boleh masuk neraka 🤔 #malaysianupdate #videoviral #trending #fyp 👉Nak promosi bisnes korang dgn harga murah & berbaloi? terus klik link iklan di profile

♬ original sound – Malaysian Update – Malaysian Update

Henti sebar info tak sahih

Susulan daripada itu, pendakwah yang juga merupakan bekas peserta program realiti bercorak keagamaan, PU Amin telah tampil menbidas kenyataan ustazah Siti Afifah kerana merasakan ia satu bentuk salah faham yang sangat ketara.

Oleh itu, PU Amin telah meminta agar pendakwah wanita berkenaan supaya menjaga penggunaan kata agar tidak mencetuskan kekeliruan agama kepada masyarakat.

 

@ustazamirulamin

Ya Allah jauhkan kami dari kejahilan dan kerosakan. Tolong jaga agama ini. Jangan rosak kan agama yang mulia ini.

♬ Sad Music – Max-Music

“Kongsikan maklumat dengan fakta yang tepat. Takut nama ustaz dan ustazah itu tercemar. Hari ini kita nak pulihkan imej agama kita. Hari ini kita nak tegakkan shia agama kita. Jangan jadi orang yang boleh menyebabkan agama ini terbantut.” katanya.

Petanda akhir zaman

Ujar PU Amin atau nama sebenarnya, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim lagi, tindakan yang dibuat oleh ustazah tersebut seakan menunjukkan petanda akhir zaman kerana sesuka hati bercakap sehingga boleh menyebabkan kesucian agama tercemar.

“Tolong kawal diri, tolong jaga peribadi. Pelihara diri kita daripada bercakap bukan-bukan dan perihal yang tidak tahu. Ini juga antara petanda-petanda akhir zaman di mana kita nak cakap semua benda sehinggakan agama tercemar.” jelasnya lagi.

Terdahulu, Ustazah Siti Afifah pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan sehingga mencetuskan perdebatan di media sosial. Tanggapannya dengan melabel para suami yang membiarkan isteri bersalin dibantu doktor lelaki adalah dayus sangat ditentang hebat para agamawan negara.

Begitu juga kenyataan darinya yang menjatuhkan hukum sesuka hati terhadap isu bersalaman dengan artis sehingga mengguris perasaan sesetengah pihak.

Sumber: TikTok @ustazamirulaminmalaysianupdatenews