[Video] Pelajar nagis tudung labuh ada ekor dipotong, tukang jahit tampil jelaskan tindakan guru betul

[Video] Pelajar nagis tudung labuh ada ekor dipotong, tukang jahit tampil jelaskan tindakan guru betul

Peraturan di sekolah sememangnya harus diikuti oleh setiap pelajar bagi  membentuk disiplin mereka. Jika perkara kecil pun mereka tidak dapat patuh, besar kemungkinan peraturan-peraturan lain sukar untuk mereka turuti juga.

Jadi, para guru berhak menegur dan mengambil tindakan untuk pelajar yang melanggar peraturan asalkan tidak memudaratkan mereka.

Pelajar menangis tudung dipotong

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, seorang guru wanita dilihat sedang menggunting juntaian tudung labuh seorang pelajar perempuan kerana ‘ekor’ tudungnya begitu panjang seperti kebanyakkan fesyen tudung muslimah di luar sana.

Ia menjadi persoalan orang ramai yang mungkin kurang cakna dengan peraturan sekolah yang tidak membenarkan pelajarnya berfesyen. Ada di antara mereka menzahirkan rasa kurang setuju dengan tindakan guru tersebut kerana mengatakan yang pelajar terbabit masih menutup aurat kerana bertudung labuh.

Tukang jahit jelaskan tindakan guru betul

Namun, penjelasan daripada seorang pengguna Facebook yang juga merupakan tukang jahit telah disetujui ramai dan mengatakan alasan terbabit ‘valid’ kerana ia adalah salah satu peraturan dalam sekolah.

Menurut Nur Eizyan Nazura, dia menjelaskan bahawa potongan seperti itu sememangnya tidak dibenarkan di sekolah kerana dianggap fesyen.

Jadi, dia memberikan tips kepada ‘tailor’ pakaian muslimah supaya peka dengan peraturan sekolah kerana ‘ekor’ di tudung sememangnya tidak dibenarkan. Dia juga meminta orang ramai mengambil maklum perkara tersebut dari sudut positif.

Jangan kecam cikgu

Dalam pada itu, pengguna Facebook berkenaan berharap agar pihak-pihak yang tidak mengetahui perkara tersebut tidak memarahi atau mengecam guru terbabit kerana dia menjalankan tanggungjawab yang betul memadangkan perkara terbabit sememangnya sudah termaktub dalam peraturan di sekolah.

“Jangan dimarah cikgu kerana hal ini termaktub dalam peraturan, mungkin sudah dipesan banyak kali, atau tiap tahun. Macam kita kt sekolah dulu. Kawan2 yg kena gunting seluar, tudung, semua kan dah kena tegur byk kali baru cikgu gunting. Ingat tak. Hehe,” tulisnya.

 

Terdahulu, video seorang guru menggunting hujung tudung seorang pelajar perempuan telah mendapat perhatian di media sosial.

Pelbagai maklum balas diterima mengulas isu tersebut kerana ada yang merasakan ia tidak wajar tanpa menyelidik terlebih dahulu perihal peraturan sekolah yang tidak membenarkan pelajarnya untuk berfesyen.

Sumber: Twitter @azhar_ulya, Facebook Nur Eizyan Nazura