[Video] Pelajar ditumbuk.. pelaku tunjuk hero depan geng, selepas belasah terus cabur lari

[Video] Pelajar ditumbuk.. pelaku tunjuk hero depan geng, selepas belasah terus cabur lari

TIDAK serik! Hanya itu ungkapan sesuai terhadap video tular menunjukkan sekumpulan pelajar membuli seorang mangsa.

Dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah, kejadian itu melibatkan sekurang-kurangnya 10 pelajar di dalam tandas.

Menerusi video berdurasi 13 saat itu, seorang pelajar lelaki dilihat dikelilingi oleh sekumpulan pelajar lain sebelum dia ditumbuk di bahagian pipi secara tiba-tiba.

Pelajar yang melepaskan tumbukan tersebut seolah-olah marah dan tidak berpuas hati dengan mangsa yang jelas nampak sakit selepas ditumbuk apabila dia memegang bahagian pipi.

Selain itu, seorang pelajar lain yang berdiri di hadapan mangsa dilihat memegang sebatang kayu panjang.

Video yang kini tular di media sosial itu bagaimanapun tidak menyatakan masa kejadian dan lokasi sekolah.

dibuli dalam tandas 3

Mangsa kelihatan sakit selepas ditumbuk.

Difahamkan, ia telah dimuat naik di sebuah akaun TikTok, namun telah dipadamkan.

Video tersebut bagaimanapun dikongsi di platform media sosial lain termasuk Twitter, sehingga membangkitkan kemarahan netizen.

“Pukul curi adalah perkara paling lemah dan penakut sebenar.

“Macam monyet perangai, tak bertamadun. Benda boleh bincang. Memang bodoh tak bertempat.

“Rambut stail penyapu/belah tengah ada hati nak buli orang.

dibuli dalam tandas 2

Salah seorang pelajar memegang sebatang kayu panjang.

“Duit belanja pun mak kau bagi. Tak payah acah.

“Ala tumbuk orang, tapi kat belakang. Selepas tu blah. Tak gentle la dik. Dahlah rambut awning,” demikian antara komen netizen.

Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 58,000 kali di Twitter.