[Video] Orang awam selamatkan wanita berpurdah cuba terjun jambatan Sultan Yahya Petra

[Video] Orang awam selamatkan wanita berpurdah cuba terjun jambatan Sultan Yahya Petra

 

Seorang wanita yang memakai jubah dan berpurdah membatalkan niatnya untuk terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini selepas dipujuk orang awam.

Wanita berusia 54 tahun berasal dari Pengkalan Chepa di sini dipercayai cuba untuk memanjat tembok jambatan itu kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi sebelum diselamatkan pengguna jalan raya.

Saksi, Suhaila Zakaria, 28, berkata, sewaktu kejadian, dia melalui jambatan itu dengan menunggang motosikal sebelum melihat beberapa lelaki sedang memegang wanita tersebut yang sedang menangis.

Suhaila kemudian memberhentikan motosikalnya lalu memeluk wanita terbabit sambil memenangkannya dengan menyuruhnya mengucap serta bersabar.

“Semasa memeluknya, saya sempat bertanya apa yang membuatkan dia mahu terjun dari jambatan itu, namun wanita itu hanya menangis dan mengatakan dirinya jahat.

“Semasa memujuknya, saya sempat menasihatkan wanita itu agar berfikiran waras meskipun mempunyai masalah besar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Pada masa sama, jentera bomba turut sampai di lokasi kejadian, namun wanita itu sudah dibawa anggota polis.- KOSMO! ONLINE