[Video] Nora Ariffin terima diploma bagi pihak arwah anak undang sebak, ‘Alif, mama ambik ni untuk awak’

[Video] Nora Ariffin terima diploma bagi pihak arwah anak undang sebak, ‘Alif, mama ambik ni untuk awak’

Suasana Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini, sayu buat penyanyi, Nora Ariffin, ibu kepada Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan yang meninggal dunia secara mengejut pada 13 Desember 2019.

Mama tolong ambil

Alif. This is for you. Mama tolong ambil ye. Alhamdulillah. Congrats. Keluarga kecil saya tumpang bangga dan gembira dengan pencapaian anaknda Alif Johan, sempat habiskan Diploma sebelum kembali ke Rahmatullah. Moga Alif tenang di sana. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UITM FITA dan sahabat-sahabat yang memberi sokongan pada Alif selama hayat dia. Thank you UITM, Moga legacy arwah dapat diteruskan. Al- Fatihah.

Menurut Nora, Alif berjaya menamatkan pelajaran dalam jurusan Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana. Meskipun berasa sedih kerana arwah tidak ada bersama semasa momen bersejarah tersebut, Nora berkata kejayaan Alif adalah pemangkin semangat buat dua orang adiknya untuk terus berjaya dalam bidang pelajaran.

Di samping itu, Nora turut memberitahu bahawa arwah seorang yang sangat rajin dan banyak mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah membantunya dalam menghasilkan video. Sebagai ibu, Nora reda dengan pemergian Alif.

Video

Sumber: Nora