[Video] Netizen ungkit kisah lama tak keluar mengundi, PRU15 Hirul Azreen & Hanis Zalikha tunjuk bukti jari dicelup dakwat

[Video] Netizen ungkit kisah lama tak keluar mengundi, PRU15 Hirul Azreen & Hanis Zalikha tunjuk bukti jari dicelup dakwat

Ramai yang ternanti-nanti pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berkongsi gambar menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

First time

 

Terbaru, menerusi akaun Instagram (IG), Hairul dan Hanis memuat naik foto berdua dan sebuah video selepas selesai membuang undi.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga menunjukkan bukti jari dicelup dakwat sebagai tanda mereka hadir mengundi.

Menurut kapsyen yang ditulis, ini adalah pengalaman kali pertama turun mengundi ketika usia Hairul, 34, manakala Hanis, 32 tahun.

Baru umur 18 tahun ke?

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada usahawan terkenal ini kerana menunjukkan contoh yang baik.

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang tidak percaya apabila mereka memberitahu ini baru kali pertama ‘buang’ undi.

Terdahulu, Hairul dan Hanis mengaku yang mereka tidak keluar mengundi pada PRU14 memandangkan terikat dengan komitmen kerja ketika itu.

Mereka meminta maaf kerana jadual pengambaran filem dan iklan pada waktu tersebut menyukarkan mereka untuk pergi mengundi.

Sumber: Instagram @haniszalikha