[Video] Netizen teruja Fazura mesra bertegur-sapa dengan Atihsha Khan, “sama cantik, tetiba sebak!”

[Video] Netizen teruja Fazura mesra bertegur-sapa dengan Atihsha Khan, “sama cantik, tetiba sebak!”

Hubungan antara pelakon Neelofa dan Nur Fazura bukanlah asing lagi di kalangan warganet sehingga timbulnya spekulasi bahawa mereka berdua masih ‘bermasam’ muka antara satu sama lain.

Fazura dan Atisha Khan mesra bersama

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan kemesraan terjalin antara Fazura bersama adik kepada Neelofa iaitu Atisha Khan dalam sebuah majlis MOST Glam 22 di sebuah hotel terkemuka ibu negara.

Menerusi video dimuat naik semula di laman TikTok, Fazura dilihat sempat memuji kecantikan Atisha. Bagaimanapun, Atisha seakan-akan menidakkan kenyataan serta malu apabila menerima pujian daripada pelakon tersebut.

“Yoo, tengok this lady (Atisha), sangat cantik,”ujar Fazura.
“You always pretty,”jawab Atisha.
@skincarebyfazura

#fazura #fyp

♬ original sound – missfazuraihana – missfazuralove

 

Dalam pada itu, kedua-dua mereka cantik menggayakan busana serba merah jambu sewaktu hadir ke majlis tersebut.

Dua2 cantik

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di mana netizen memuji kecantikan Fazura dan Atisha.

Rasa sebak, best pulak kalau tengok Fazura dan Neelofa bergambar sekali

Sebaliknya, pertemuan itu membuatkan peminat berharap agar Fazura dan bergambar atau bersapa dengan Neelofa pada masa akan datang. Mereka mengatakan detik pertemuan itu mungkin akan menjadi sejarah seperti bintang antarabangsa, Selena Gomez dan Hailey Bieber.

Atisha memang humble

Selain itu, netizen juga mengatakan Atisha seorang yang sangat peramah dan tidak peduli akan masalah yang berlaku antara kedua-dua belah pihak seperti dakwaan ramai.

Mereka okey saja, netizen yang lebih2

Tidak kurang juga mereka mengatakan kedua-dua selebriti itu tidak mempunyai masalah pun. Ia bertambah ‘panas’ apabila netizen yang cuma masuk campur serta jadi batu api antara Fazura dan Neelofa.

Sumber: TikTok @skincarebyfazura