[Video] mimpi benda aneh termasuk ular hitam, Caprice & isteri kena gangguan sihir
Sebut sahaja nama penyanyi rap sensasi, Caprice pasti sahaja ramai mengenali personaliti ini memandangkan dia sering terlibat dengan beberapa isu panas.
Terbaharu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mendedahkan dia dan isteri menerima rawatan daripada pengamal perubatan tradisional daripada Tok Singa dan Ustaz Shafiq.
Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, penyanyi berusia 34 tahun itu mengatakan pada awalnya kitaran tidur tiga hingga empat jam adalah perkara biasa memandangkan banyak kerja yang perlu diselesaikan.
Pun begitu, apabila kedatangan Tok Singa dari Kedah untuk memeriksa dia dan isteri, ternyata mereka berdua terkena gangguan sihir.
Caprice dan isteri nampak benda2 aneh termasuk ular aneh
Malah, Caprice dan isteri memberitahu mereka berdua juga bermimpi benda-benda aneh termasuk kehadiran ular hitam. Bahkan, isteri Caprice juga nampak ‘bayangan’ dalam rumah mereka selain didatangi lelaki tidak dikenali dalam mimpi.
Badan menggigil dan menangis sewaktu bacaan Ruqyah, bunyi tapak kaki berjalan
Sewaktu Tok Singa dan Ustaz Shafiq memulakan sesi rawatan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi mengesan sama ada pasangan itu diganggu atau tidak, badan isteri Caprice dilihat menggigil dan menangis ketika Ruqyah dibacakan.
Seterusnya, Tok Singa memberithau dia mendengar bunyi tapak kaki berjalan di dalam rumah berkenaan sewaktu sesi berubat berlangsung. Katanya lagi, isteri Caprice iaitu Farra Inalis Husni ada mengalami gangguan rahim di mana dia mengalami masalah haid dan sukar untuk mengandung.
Sementara itu, Ustaz Shafiq menitipkan pesanan kepada Caprice supaya membuang semua koleksi patung mainan dalam rumahnya. Ini kerana ia memudahkan jin dan sihir untuk menembusi dan berada di kawasan rumah.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Caprice dan pasangan supaya kekal kuat dan cepat sembuh dari gangguan sihir.
Sumber: Instagram @capricedaddycap, Facebook Pusat Rawatan Al Idrus & Tok Singa