Video mesra dengan lelaki tersebar, pelakon remaja tampil nafi itu dirinya

Video mesra dengan lelaki tersebar, pelakon remaja tampil nafi itu dirinya

Sejak kebelakangan ini, nama beberapa artis remaja kerap menjadi bualan netizen. Ada sahaja tingkah yang tidak kena di mata warganet sehingga selebriti-selebriti berkenaan teruk di hentam di media sosial.

Namun begitu, netizen tidak boleh sesuka hati memukul rata artis-artis tersebut hanya disebabkan ‘nila setitik’.

Nama tiba2 kena ‘petik’ bercumbu depan orang ramai

Hal berkenaan turut dialami sendiri oleh pelakon remaja, Nur Qistina Raisah apabila ada dakwaan mengatakan dirinya bercumbu dikhalayak ramai hanya disebabkan berwajah mirip individu tersebut.

Disebabkan namanya telah ‘dipetik’ netizen dan video terbabit juga tular, dia telah memuat naik satu video menafikan dakwaan tersebut kerana ia sama sekali tidak berbuat demikian rupa.

 

@qqistinaraisah

♬ original sound – 😼🤍 – 😼🤍

Hentilah rakam orang tak dikenali

Menurutnya, perempuan di dalam video terbabit bukanlah dirinya dan dia juga tidak pernah kemana-mana tanpa ibu disisi. Jadi, dakwaan tersebut sama sekali tidak tepat.

Dalam pada itu, pelakon drama Keluarga Instafamous itu turut berpesan kepada mereka yang menularkan video terbabit supaya tidak sesuka hati merakam individu tidak dikenali dan menularkan perkara berkenaan dengan niat membuat spekulasi.

Tambahnya, lebih elok jika mereka menjaga diri masing-masing daripada mengganggu privasi orang tidak dikenali sehingga boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Tulaa, macam yakin sangat tu Qistina

Penjelasan daripada Qistina Raisah itu telah mendapat maklum balas daripada warganet. Rata-rata berpendapat sama dan berharap individu yang menularkan video tidak tepat itu mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

Mereka juga tertarik dengan cara pelakon remaja berkenaan menjelaskan apa yang berlaku dan dalam masa yang sama terhibur melihat gaya percakapan dan mimik muka selebriti terbabit.

Matang cara Qistina jawab

Comel je dia jelaskan

Tak sama langsung

 

Sumber: TikTok qqistinaraisah