[Video] Loya cicak dalam aiskrim

[Video] Loya cicak dalam aiskrim

Seorang kanak-kanak terkejut dan loya apabila ternampak cicak hidup dalam aiskrim yang sedang dinikmatinya.

Menerusi hantaran pengguna di media sosial, @AsyarafRosli_ memaparkan seorang kanak-kanak perempuan sedang menikmati aiskrimnya sebelum menyedari dia sedang mengigit seekor cicak hidup.

“Wey, trauma! aiskrim ada cicak,” kata Asy menerusi kapsyen hantaran tersebut.

Perkongsian video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya berasa kasihan dengan kanak-kanak tersebut.

“Saya pernah terkena suatu ketika dahulu sewaktu makan keropok dan ada cicak di dalamnya, ciap seorang pengguna, @oppelady.

“Aduhai, agaknya haiwan itu terjatuh daripada siling dan tepat masuk ke dalam kon aiskrim kerana tapak kaki cicak licin. Mungkin ia tersalah mendarat,” komen seorang lagi pengguna, @NurulMaziah18.

“Kasihan sungguh. Mesti dia fobia hendak makan aiskrim hingga dewasa,” tulis netizen @arfdy12 menerusi laman sosial yang sama.

Seorang pengguna, @AsyrafRosli_ menyangka ia hanya sekadar cicak mainan rupa-rupanya ia bernyawa.

“Dulu, cicak masuk ke dalam botol air dan saya terus membuangnya kerana berasa geli. Baru hendak memakainya pada hari itu, hari itu juga cicak boleh masuk ke dalamnya,” katanya menerusi ruangan komen. – KOSMO! ONLINE