[Video] Lipat duit masuk poket, anggota polis trafik didakwa terima ‘duit kopi’?
Menurut Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), mana-mana individu yang menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Ia boleh menyebabkan individu tersebut dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda sebanyak 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000, bergantung kepada mana yang lebih tinggi.
Selain itu, mereka yang menawar / memberi dan menerima/meminta ‘suapan’ itu boleh didakwa dibawah Seksyen 16, 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009.
Polis trafik ambil duit, lipat sebelum masuk dalam poket
Satu video tular di Facebook memperlihatkan seorang anggota polis trafik tular, netizen mendakwa dia dipercayai menerima suapan.
Dalam video yang berdurasi 41 saat tersebut, dilihat polis trafik itu sedang mengepilkan dokumen sebelum menerima sejumlah wang dan melipatnya lalu dimasukkan ke dalam poket.
Menyaksikan insiden tersebut, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang marah dan menyifatkan kedua-dua pihak iaitu pemberi dan penerima perlu diambil tindakan segera.
Biarpun waktu dan lokasi kejadian masih belum dikenal pasti, ada yang meminta agar pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kes ini demi mengelakkan nama PDRM tercalar.
Harap ianya sampai ke perhatian pihak berkuasa tu untuk tahu keadaan dan kejadian sebenar mengenai hal ini.