[Video] Lepas 63 tahun bercerai, pasangan warga emas nikah semula “siap lumur kek pada muka”

[Video] Lepas 63 tahun bercerai, pasangan warga emas nikah semula “siap lumur kek pada muka”

AJAL maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan tuhan.

Begitulah kisahnya mengenai pasangan warga emas ini yang pernah bercerai pada tahun 1959, namun kembali disatukan sebagai suami isteri pada 16 Oktober lalu.

Kisah unik mengenai pengantin lelaki, Mahmood Mamat, 84, dan pengantin perempuan, Fatimah Mohd Nor, 80, diceritakan oleh cucu mereka iaitu Cik Wawa sehingga ia tular di media sosial.

 

@khai_nisa91

Pengantin atok viral #pypシ

♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

“Cerita dia macam ni, anak tok ayah (pengantin lelaki) ni bergambar dengan tok mek (pengantin perempuan). Lepas tu dia tunjuk gambar tok mek dekat tok ayah.

“Tok ayah apa lagi, terus call ayah aku minta nombor tok mek. Dia cakap dia nak get back balik dengan tok mek. So tok ayah aku pun call la tok mek, cakap dia nak get back balik apa semua.

“Tok mek aku pun setuju la. So mereka pun jumpa la kat rumah ayah aku. Macam cinta pandang pertama gitu. Bukan main suka lagi weh, mengalahkan orang muda.

Mereka pernah berkahwin dan dapat seorang anak. Berpisah pun atas sebab tok ayah berhijrah ke Pahang dan tinggal la tok mek di Kelantan.

CIK WAWA

“Lepas mereka jumpa, tok ayah terus ajak nikah. So kami pun uruskan barang nikah apa yang patut semua. Apabila nak tunggu settle barang nikah tu, hari-hari call tok mek, sampai dia marah tok mek sebab tak angkat call dia,” jelas Cik Wawa di TikTok.

Menurut Cik Wawa lagi, pasangan itu mempunyai seorang anak hasil perkahwinan mereka, namun terpaksa berpisah kerana datuknya yang perlu berhijrah ke Pahang.

“Mereka pernah berkahwin dan dapat seorang anak. Berpisah pun atas sebab tok ayah berhijrah ke Pahang dan tinggal la tok mek di Kelantan.

“Selepas 63 tahun, baru tahun ini mereka bertemu,” jelas Cik Wawa lagi selepas disoal netizen di laman TikTok.

Menurut seorang lagi pelayar TikTok dikenali sebagai Sofeaa, pasangan itu juga pernah berkahwin dengan orang lain selepas mereka bercerai pada tahun 1959.

“Tok ayah saya kahwin lain. Tok mek pun sama. Lepas tu pasangan masing-masing meninggal, dan tak lama tu mereka bertemu kembali,” ujar Sofeaa.

pengantin3

Pengantin bersama ahli keluarga.

Selain video ketika upacara akad nikah dalam persalinan rona putih, Cik Wawa turut berkongsi video sekitar majlis persandingan yang mana mempelai menggayakan baju songket biru.

Dalam video berasingan, pengantin perempuan yang tersenyum comel dilihat melumurkan kek perkahwinan pada wajah suaminya.

Rata-rata netizen turut menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pasangan itu terus bersama sehingga ke akhir hayat.

pengantin2

Pasangan warga emas itu segak menggayakan songket rona biru.

“Pengantin lelaki tok guru silat saya. Selamat pengantin baharu Ayah Mud.

“MasyaAllah Alhamdulillah semoga atok dan nenek bahagia selalu, sihat sentiasa, murah rezeki Amin.

pengantin4

Perkongsian gadis ini mengenai datuk dan neneknya tular di TikTok.

“Nenek ni mesti jelitawan masa mudanya kan. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

“Masih sihat fizikal keduanya. Moga sihat-sihat selalu,” tulis beberapa netizen.