[Video] Lelaki rempuh kereta, berguling di jalan raya konon dilanggar

[Video] Lelaki rempuh kereta, berguling di jalan raya konon dilanggar

Sebelum ini banyak kali kita melihat kejadian penipuan ‘scam’ palsukan kemalangan di mana si pelaku akan secara tiba-tiba menerpa ke kenderaan dan kemudian mendakwa menjadi mangsa langgar.

Tular satu rakaman dashcam di media sosial yang memaparkan seorang pejalan kaki yang didakwa sengaja memalsukan kemalangan kononnya dilanggar kereta.

Menerusi video tersebut, lelaki yang berada di tepi jalan secara tiba-tiba melintas dan terus merempuh ke arah kereta perakam.

Bukan itu saja, si pelaku kemudian berguling beberapa kali mungkin mahu menunjukkan bahawa dirinya cedera akibat ‘dilanggar’ sebelum akhirnya bangun dan berjalan pergi selepas pihak berkuasa tiba di tempat kejadian.

Walaupun tidak dapat dipastikan di mana lokasi kejadian tersebut, berkemungkinan insiden itu berlaku di Hong Kong.

Rakaman tular itu telah meraih perhatian netizen, rata-ratanya geli hati dengan tindakan si pelaku. Dalam pada itu, netizen juga menyarankan pentingnya penggunaan dashcam pada masa kini bagi mengelakkan penipuan sebegini.

Screenshot 20230103 054016

Sumber: Twitter

Difahamkan, taktik penipuan ini begitu popular di China untuk mendapatkan pampasan atau wang secara mudah.

Di China, mereka yang terlibat dalam kemalangan lebih selesa untuk menyelesaikannya di luar kerana tidak mahu membuang masa menunggu siasatan dan sebagainya.

Jadi cara yang ‘paling baik’ adalah dengan membayar pampasan dan berlalu.

Bagi mengelakkan menjadi mangsa, ramai pemilik kenderaan sudah mula memasang dashcam untuk rekod bahagian hadapan kereta mereka.