Video kreatif Sofyank papar mesej mendalam, buat ramai suka, Terbaikk!

Video kreatif Sofyank papar mesej mendalam, buat ramai suka, Terbaikk!

Salah seorang anak muda berbakat, nama Sofyank pernah menggemparkan Malaysia dengan hasil video yang memaparkan dirinya dan pelakon terkenal Hollywood Will Smith. Malah hasil karyanya juga turut sering mendapat perhatian ramai dengan efek suntingan yang cukup gempak.

Selain itu Sofyank juga pernah berkolobrasi dengan pelbagai jenama besar dalam menghasilkan video kreatif. Terbaharu, Sofyank dan rakan-rakannya menghasilkan satu lagi video kreatif yang telah mencuri perhatian ramai.

Biarpun video kali ini cukup singkat dengan jalan cerita yang ringkas, namun mesej yang mahu disampaikan cukup jelas dan mendalam. Berikut adalah video kreatif Sofyank papar mesej mendalam yang dikongsikannya  di Instagram baru-baru ini:

Perjalanan cerita video kali ini adalah mengenai sahabat Sofyank yang menangguhkan solat dan terus masuk tidur. Ketika tidur tiba-tiba dia terasa panas dan kelihatan api sedang marak di lantai. Pengajaran yang cuba disampaikan adalah janganlah kita melengahkan solat.

Perkongsian video kreatif Sofyank papar mesej mendalam ini telah menerima pujian ramai.