[Video] keluarga ini raih perhatian, tanam kaki bapa strok di pantai sebagai ikhtiar sembuh

[Video] keluarga ini raih perhatian, tanam kaki bapa strok di pantai sebagai ikhtiar sembuh

Tular satu hantaran video baru-baru ini memaparkan usaha sebuah keluarga dalam membantu ayah mereka pulih daripada penyakit strok yang dihidapinya. Menerusi video yang dikongsikan ini, keluarga tersebut dilihat berada di sebuah pantai di mana sebuah jentolak dilihat sedang mengorek pasir di pantai.

Mereka kemudiannya membantu menanamkan kaki ayah mereka yang mengalami masalah strok di dalam timbunan pasir pantai yang sudah dikorek. Difahamkan, ini merupakan salah satu ikhtiar yang dilakukan oleh keluarga itu dalam usaha memulihkan penyakit tersebut.

Berdasarkan tinjauan di akaun tersebut, mereka sekeluarga sering berkunjung ke pantai berhampiran kawasan rumah untuk membawa ayah mereka bagi sesi menanam kaki di dalam pasir. Setakat ini, video yang dimuat naik itu telah meraih hampir dua juta tontonan di mana rata-rata netizen turut tertarik melihatnya.

 

@sueee_89

Membalas kepada @shimaroslin

♬ Ya Allah Lindungilah Kami – Yuda pratama & Ai khodijah

Walaupun tidak dapat dipastikan sejauh manakah keberkesanannya, ramai juga yang mendedahkan pernah melakukan rawatan yang sama bagi ahli keluarga yang mengalami masalah strok atau gout. Menurut mereka, usaha yang dilakukan itu sedikit sebanyak membantu ahli keluarga mereka berjalan semula seperti biasa.

Malah ada juga yang berjaya pulih sepenuhnya selepas melakukan sesi menanam kaki di dalam pasir pantai setiap hari dan juga rawatan fisioterapi. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan kesihatan yang baik buat pesakit strok ini dan mengharapkan dia akan sembuh sepenuhnya dari sakitnya itu.

“Ini salah satu ikhtiar, dulu pun masa abah saya strok pun buat macam ni. Elok masa tengahari waktu pasir tu panas.”

strok

“Bagus untuk kaki lumpuh berendam dalam pasir.”

pasir

“Teringat pulak masa buat dekat mak dulu, dari strok alhamdulillah sebulan dah boleh jalan. Hari-hari buat.”

pasir

“Pasir garam banyak kelebihannya, insya Allah semoga dipermudahkan urusan.”

keluarga

Sumber: Twitter @jllmisai, TikTok @sueee_89