[video] Hadir ke mahkamah beri keterangan, penampilan ceria Bella berbaju ‘Elsa’ tarik perhatian ramai

[video] Hadir ke mahkamah beri keterangan, penampilan ceria Bella berbaju ‘Elsa’ tarik perhatian ramai

Hari ini merupakan giliran adik Bella iaitu kanak-kanak sindrom down yang dipercayai menjadi mangsa dera oleh pengasas rumah bonda beberapa tahun lalu.

Perbicaraan tersebut merupakan sambungan dari perbicaraan yang ditangguhkan semalam setelah saksi pendakwaan ke-17, Pakar Psikiatri Hospital Selayang, Dr Wan Asyikin Wan Azlan memaklumkan beberapa kenyataan yang diberikan Bella sewaktu menerima rawatan.

Hadir berbaju Elsa

Menerusi perkongsian aktivis, Mona Din, dia telah berkongsi momen bertemu dengan adik Bella di perkarangan mahkamah.

Apa yang menarik perhatian adalah pakaian yang digayakan Bella berupa kostum persis Princes Elsa dalam filem Frozen. Dia juga terlihat ceria dan gembira apabila ramai bergambar dengannya.

 

Video penuh

 

‘Comelnya princess Bella’

Setahun berjuang akhirnya dapat bertemu Bella

Menurut Mona Din, dia segera berjumpa dengan Bella dan menyerahkan sepasang baju kurng berwarna pink serta memeluk ciumnya.

Menurutnya lagi, dia begitu sebak sehingga tidak dapat menahan air mata ketika bertemu dengan Bella setelah setahun berjuang memastikan nasib remaja terbabit terbela.

Semoga keadilan berpihak kepada Bella

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan mereka turut sama berasa terharu dan sempat memuji penampilan Bella yang hadir dengan wajah gembira.

Mereka turut mendoakan agar urusan perbicaraan tersebut berjalan dengan lancar dan mereka yang telah berlaku kejam dengan Bella menerima hukuman yang sewajarnya.

Nampak gembira dan sihat

Jatuh air mata tengok Bella

 

Sumber : firdausashajMona Din