Video gelagat comel Mawar dan Wawa Zainal bikin ramai tersenyum

Nama kedua-dua selebriti ini iaitu Mawar Rashid dan Wawa Zainal kini bukan sahaja dikenali sebagai pelakon sahaja malah mereka semakin berjaya selepas sekian lama menceburi bidang perniagaan kosmetik jenama tersendiri.

Sehingga perkara itu melonjakkan lagi nama mereka sebagai ahli perniagaan wanita yang berjaya dan kejayaan yang diperoleh Wawa Zainal mahupun Mawar Rashid menjadi inspirasi buat para wanita.

Untuk info, pasangan selebriti popular iaitu Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafrel semakin berjaya dalam bidang perniagaan kosmetik atas nama Wawa Cosmetics manakala Mawar Rashid pula menghasilkan produk berjenama, Mawarose.

 

Walau bagaimanapun, oleh kerana Mawar Rashid berkongsikan gelagat pertemuan dia bersama usahawan selebriti popular itu, Wawa Zainal diruangan Instagram peribadinya itu membuatkan kedua-dua pelakon jelita ini menjadi perhatian peminat dan pengikut.

Ini kerana, siapa menyangka kedua-dua usahawan berjaya itu berada dalam satu foto dan ternyata juga selepas isteri kepada Raf Yaakob itu memuat naik satu rakaman video comel dia bersama Wawa mengundang ribuan tontonan.

Mana tidaknya, sempat sahaja kedua-dua selebriti ini merakam video sehingga kecomelan mereka mengundang peminat ‘geram’.

Perkongsian gelagat terbabit juga mengundang warganet melihat Wawa Zainal dan Mawar seperti kembar dan gara-gara video itu pula, posting tersebut dihujani dengan ratusan komen memuji kecomelan mereka.