Video frontliner menari pakai PPE -“Biarlah, mereka dah kerja lebih dari sepatutnya”

Video frontliner menari pakai PPE -“Biarlah, mereka dah kerja lebih dari sepatutnya”

Umum sedia tahu, barisan petugas kesihatan atau frontliner sudah berjuang lebih daripada setahun membantu rakyat Malaysia menangani pandemik Covid-19 yang tak juga berakhir.

Penat lelah mereka rasanya tidak dapat dibalas oleh kita semua kerana mereka sudah mengerah kudrat dari awal tahun 2020 sehingga sekarang. Sudah ramai antara mereka yang terkorban dan kondisi kesihatan terjejas disebabkan pandemik.

Namun, disebalik perjuangan mereka yang sangat besar itu, pasti perasaan jenuh dan penat akan bersarang dalam diri lebih-lebih lagi melihat kes positif harian masih lagi meningkat.

Tersenyum lihat mereka menari

Jadi, perkongsian satu video dari pengguna Twitter dikenali sebagai @brgsjks membuatkan netizen berasa sebak dan gembira apabila melihat barisan petugas hadapan mencari masa untuk menghilangkan stres masing-masing.

Ada yang pasang speaker nyanyi sama2

Walaupun lokasi sebenar tidak dapat dipastikan, namun kelihatan mereka begitu gembira menari bersama-sama penghuni rumah flat yang dipercayai sedang menjalankan kuarantin.

Para penduduk dilihat memasang speaker lagu dan keluar ke tepi rumah masing-masing sambil melambai ke arah frontliner di bawah.

Rasa sebak pula tengok mereka hilangkan stres

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui berasa sebak melihat frontliner yang sanggup berpanas dengan suit PPE itu bagi memastikan kesihatan penduduk terjaga.

Walaupun sedar, pandemik masih lagi ‘menghantui’ negara dengan kes harian serta kes kematian bertambah setiap hari, tidak salah rasanya mereka menghilangkan stres serta letih bertugas dengan sedikit hiburan ringan seperti itu.

Mereka dah banyak berjasa buat kita semua

Senyum lihat mereka sambil air mata meleleh

Comel la diorang ni!

Sumber: Twitter @brgsjks, Twitter @OwToTheZie