Video Dolla dikritik seksi, penyanyi Korea tampil imej sopan pakai jaket labuh

Video Dolla dikritik seksi, penyanyi Korea tampil imej sopan pakai jaket labuh

Pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya Good Vibes Weekender yang dihadiri oleh artis antarabangsa dan tempatan yang bergabung di pentas yang sama. Namun penampilan kumpulan Dolla yang dianggotai oleh empat orang ahli telah menerima kritikan dari netizen yang dikatakan menjolok mata.

Menerusi video persembahan yang dikongsikan, kumpulan Dolla dilihat memakai pakaian yang berbeza antara satu sama lain dengan gaya yang tersendiri. Namun pakaian yang dipakai itu dianggap tidak sopan dan seksi terutamanya semasa melakukan persembahan menari di atas pentas besar itu.

@ehmalaysia

@dollaofficial #goodvibesweekender #idolla

♬ original sound – ehmalaysia – ehmalaysia

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa terkejut apabila penampilan mereka ini ‘diluluskan’ untuk membuat persembahan di Malaysia. Malah ada yang membandingkan penampilan kumpulan Dolla dengan seorang penyanyi Korea yang turut dijemput melakukan persembahan di festival yang sama.

Menurut netizen, penyanyi Korea Selatan iaitu CL yang diundang melakukan persembahan memakai pakaian yang lebih sopan dari kumpulan penyanyi Malaysia itu sendiri. Walaupun terkenal dengan imej seksinya, CL mengenakan satu jaket berwarna hitam yang labuh bagi memberikan penampilan yang lebih sopan buat penonton di Malaysia.

 

@ehmalaysia

#cl #goodvibesweekender

♬ original sound – ehmalaysia – ehmalaysia

Malah semasa melakukan persembahan, penyanyi Korea itu turut mengakui berasa panas dan ingin membuka jaket labuhnya itu namun tidak mahu mencetuskan masalah di Kuala Lumpur. Meninjau di ruangan komen, netizen turut menyindir penampilan Dolla yang dikatakan lebih seksi dari penyanyi Korea itu sendiri.

“Artis luar masuk Malaysia kena tidak menjolok mata, kita sebaliknya…”

dolla

“Erk artis Malaysia boleh pulak macam ni eh, artis luar kemain banyak syarat.”

CL

“Artis luar datang konsert sini sudah mau kena banned konon-konon seksi, sekali artis sendiri…”

komen

“Kemain yang dari luar nak bendung yang dalam ni tak terbendung.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

 

SUMBERTIK TOK