[Video] Ditegur makan secara ‘pelahap’ masa review makanan, tuan badan tampil mohon maaf

[Video] Ditegur makan secara ‘pelahap’ masa review makanan, tuan badan tampil mohon maaf

Sejak wujudnya teknologi baru dan juga platform media sosial yang pelbagai, ia telah menjadi salah satu kaedah untuk influencer menggunakan makanan sebagai konten utama perkongsian mereka untuk mempromosikan menu makanan kedai terbabit.

Kebiasaannya, ramai di antara mereka yang melakukan food review di media sosial kerana ianya cara yang mudah dan cepat untuk pengguna mendapatkan info lanjut mengenai tempat tersebut sekali gus menjadikan ‘food influencer’ sebagai kerjaya mereka.

Baru-baru ini telah tular sebuah video yang kemudian menjadi isu apabila warganet mempersoal cara influencer tersebut yang didakwa melakukan review makanan secara gelojoh dan pelahap.

 

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen bukanlah disebabkan hidangan di kedai itu namun, cara influencer tersebut menikmati hidangan tersebut kerana dipercayai diambil secara berlebihan dan rakus.

Rata-rata mereka berasa mual berbanding terliur dengan makanan yang ditawarkan di kedai berkenaan.

Bukan itu sahaja, pengguna Twitter juga mengatakan bahawa mereka berasa tidak selesa sehingga mengganggu pandangan apabila melihat influencer tersebut menjamah daging sehingga sos pencicahnya meleleh di bahagian mulut.

Akhirnya tuan badan tampil dengan permohonan maaf

Screenshot 2023 01 03 122701

Sumber: Twitter

Susulan kecaman dan teguran yang dilemparkan oleh warganet, individu terbabit telah tampil bersuara menerusi akaun Twitter peribadinya.

Dia mengakui kesilapan yang dilakukan dan akan cuba untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Selain itu, dia turut meminta agar netizen menghentikan penghinaan terhadap saiz badannya ataupun lebih dikenali sebagai ‘body shaming‘.

Screenshot 2023 01 03 123343

Sumber: Twitter

“Saya ingin memohon maaf mengenai gaya makan yang agak kurang sopan dan menerima teguran secara terbuka.”

“InsyaAllah saya akan cuba ubah gaya review makanan agar lebih sopan & berkualiti selepas ini. Cuma saya mohon janganlah sampai menghina fizikal saya,” katanya.

“Takyah ubah cara gaya review, ubah cara makan yang sihat lagi baik” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap individu tersebut, ada yang melontarkan kecaman dan cacian dan ada jugayang memberikan cadangan kepada influencer tersebut untuk mengubah gaya pemakanannya.

Screenshot 2023 01 03 123557

Sumber: Twitter

Screenshot 2023 01 03 123639

Sumber: Twitter