Video Bella Astillah & adik menari sakan ditegur netizen, “suami dah elok, isteri pulak…”

Video Bella Astillah & adik menari sakan ditegur netizen, “suami dah elok, isteri pulak…”

Tindakan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi satu video tarian bersama adik perempuannya Didi Astillah di laman Instagram baru-baru ini menerima teguran ramai.

Menerusi muat naik tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu dilihat menari dan melakukan trend ‘Made You Look Challenge’ yang popular di aplikasi TikTok dengan penampilan serba merah jambu.

 

 

“Merah jambu bukan sekadar warna. Ia melambangkan sikap juga,” tulis isteri kepada selebriti dari Singapura, Aliff Aziz itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi teguran terutama kepada Bella dengan menyifatkan aksi tarian lincah itu kurang manis untuk dipandang apatah lagi suaminya sudah ‘berhijrah’.

Tak manis gelek-gelek, maaf sekadar tegur

Suami dah berubah, kesian kena tanggung

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu memuji kecantikan dua beradik itu selain menyamakan wajah Bella mirip dengan selebriti Hollywood, Selena Gomez.

Cantiknya Bella!

 

Macam Selena Gomez

 

Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah menarik pengikut apabila tampil memakai tudung sarung ketika menyertai sebuah majlis ilmu anjuran selebriti popular Neelofa.

 

Sumber: Instagram Bella Astillah