[Video] Bawa troli dalam lif sempat senyum ketika jumpa penghuni apartment, rupanya nak buang mayat rakan sekerja

[Video] Bawa troli dalam lif sempat senyum ketika jumpa penghuni apartment, rupanya nak buang mayat rakan sekerja

 

Di sebalik senyuman tersimpan sejuta rahsia. Itulah yang boleh digambarkan terhadap insiden yang melibatkan seorang lelaki ‘psiko’ di Indonesia. Cubaannya untuk menyembunyikan tubuh rakan sekerja yang tidak lagi hidup dalam sebuah troli, akhirnya terbongkar apabila aksinya itu ‘kantoi’ dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada sebuah lif apartmen.

Gara-gara dapat panggilan daripada seorang lelaki yang tak disukai…wanita dianiaya rakan sekerja

Terdahulu, rakan sekerjanya dikatakan dijemput datang ke sebuah apartmen di Jakarta Timur. Semasa tengah berbual, wanita dikenali sebagai Ade Yunia Rizabani telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki dan tidak disukai suspek. Kedua-dua mereka kemudian bertengkar, sebelum dia dihempas ke atas katil. Wanita berkenaan cuba hubungi rakan lain untuk meminta bantuan, tapi akhirnya lehernya dicengkam hingga tidak boleh bernafas.

 

Suspek Dirakam Senyum Bawa Troli Dalam Lif, Rupanya Nak 'Buang' Rakan Sekerja 2

Suspek dilihat tenang bawa tubuh kaku guna troli…siap senyum & sapa mesra penghuni lain dalam lif

Tindakan suspek berusia 36 tahun untuk menyeludup keluar tubuh Ade Yunia dalam keadaan berbalut plastik, bagaimanapun ‘kantoi’ apabila berjaya dikesan CCTV apartmen tersebut. Bukan sahaja dilihat tenang dan santai menolak sebuah troli, lelaki itu malah sempat lemparkan senyuman serta menyapa mesra 2 penghuni lain yang kebetulan turut menaiki lif sama dengannya.

Kejadian dipercayai bermotifkan cemburu…tapi polis masih lakukan siasatan selanjutnya

Suspek kemudiannya ditahan pihak berkuasa, susulan penemuan bungkusan plastik aneh dibuang di tepi jalan oleh penduduk tempatan. Hasil post mortem menunjukkan ada kesan objek tumpul pada leher, muka serta mulut Ade Yunia, sebelum diserah kepada keluarga mendiang bagi urusan pengebumian. Kejadian dipercayai bermotifkan cemburu, namun polis masih lagi melakukan siasatan selanjutnya.

Suspek Dirakam Senyum Bawa Troli Dalam Lif, Rupanya Nak 'Buang' Rakan Sekerja 3

Kredit : Twitter AkiSukidi2 & Utusan TV