[Video] Azi menagis pulang ke pangkuan keluarga

[Video] Azi menagis pulang ke pangkuan keluarga
Ejen jualan kosmetik yang menjadi mangsa penculikan, Rosnazirah Mohd Naim, 36, atau lebih dikenali sebagai Azi menangis sambil memeluk ibunya ketika dibawa pulang ke pangkuan keluarganya dengan selamat di rumah mentua di Kampung Kelochor dekat sini pada Isnin.Azi, diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan polis Thailand pada Khamis lalu sebelum mangsa diserahkan kepada keluarganya pada jam 2.50 petang Isnin oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.Pada 13, September lalu, Azi didakwa dilarikan tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu Kelantan sebelum berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia pada Khamis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, kejayaan itu adalah hasil bantuan dan kerjasama pihak berkuasa Thailand.

“Seramai tujuh lelaki warga tempatan ditahan di Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

“Polis turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Acryl Sani berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes penculikan itu.