[Video] anak duduk di kerusi belakang, suami isteri didakwa hidu gam dalam kereta

[Video] anak duduk di kerusi belakang, suami isteri didakwa hidu gam dalam kereta

Ibu bapa adalah contoh paling dekat bagi seseorang anak lebih-lebih lagi dari segi perbuatan yang sering dilakukan di hadapan mata mereka.

Sedut plastik tengah memandu

Menerusi satu video tular yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Iman Panjang, dia telah memuat naik video pasangan yang dipercayai suami isteri dalam keadaan sedang menghidu sesuatu melalui plastik ketika sedang memandu kereta.

Dua2 tengah ‘stim’

Dia yang berkongsi video tersebut sambil meluahkan rasa kesal turut berasa terkejut apabila melihat ada kanak-kanak di tempat duduk belakang Proton Iswara yang sedang dipandu lelaki tersebut.

Menurut pengguna Facebook lagi, dia percaya bahawa bahan yang sedang dihidu mereka itu adalah gam dan masing-masing berada dalam keadaan ‘stim’.

Risau mereka lari tinggal anak

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Melaka dan pengguna Facebook berkenaan tidak berani untuk menahan kereta terbabit disebabkan bimbang akan keselamatan kanak-kanak itu andai pemandunya bertindak di luar kawalan.

Dia rasa dah sampai bulan kot

Susulan daripada posting terbabit, warganet yang perasan akan perkongsian Iman Panjang telah meminta perkara tersebut dilaporkan ke pihak berkuasa supaya dapat menahan dan menyiasat hal sebenar daripada rakaman video yang tular itu.

Kena laporkan polis ni

Ni kalau langgar orang macam mana

 

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak ataupun kenyataan rasmi dari pihak polis berhubung isu tersebut.

Semoga ibu bapa diluar sana lebih prihatin dengan anak-anak dengan tidak melakukan sebarang perkara kurang bijak di hadapan mereka serta boleh mengancam keselamatan mereka.

Sumber: Facebook Iman Panjang