[Video] Abang mangsa ‘sotong ride’ fun fair buat spot check, dakwa permaina tiada ciri keselamatan
Tragedi yang berlaku di fun fair, Eco Grandeur, Puncak Alam pada Isnin malam telah meraih perhatian warganet susulan video berkenaan menular di media sosial sehingga membuatkan orang ramai kecut perut.
Kejadian yang melibatkan tiga pengunjung terdiri daripada dua wanita dan seorang kanak-kanak yang tercampak daripada salah satu ride yang dikenali sebagai ‘sotong rider’.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Saiful Azif, dipercayai ahli keluarga kepada dua mangsa berkongsi sebuah video dan beberapa foto yang menunjukkan keadaan adiknya yang cedera.
@saifulazif adik saya fighter guys 💪 #funfairpuncakalam
Menerusi video tersebut, dapat dilhat keadaan adik lelakinya mempunyai kesan calar dan luka kecil di wajah serta anggota badan yang sedang berada di dalam sebuah ambulans.
Abang kepada dua mangsa itu juga memberitahu yang adik dan kakaknya berada dalam keadaan yang selamat selepas mendapat rawatan.
Permainan tidak mempunyai ‘lock ride’ yang baik?
Sumber: TikTok
@__hafliy Yg eyes one bulat tu pun coach dia pasang jarak2. Tp still bg org naik jugak #funfair #foryoupage
Saiful turut memuat naik beberapa foto yang memaparkan keadaan permainan ‘ride sotong’ yang dinaiki ketiga-tiga mangsa itu.
Meneliti kepada gambar tersebut, ride itu kelihatan tidak mempunyai ciri keselamatan atau dikenali sebagai ‘lock ride’ yang baik selain besinya kelihatan berkarat dan lusuh seolah-olah sudah lama tidak diselenggara, lapor mStar.
Apa yang lebih mengejutkan adalah, turut kelihatan tali merah yang diikat pada besi penghadang tempat duduk berhampiran kunci.
Apa komen warganet?
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap insiden yang menimpa mangsa.
Ramai juga warganet yang menasihatkan Saiful agar mengambil tindakan undang-undang terhadap organiser fun fair berkenaan kerana didakwa mengabaikan ciri keselamatan kepada pengunjung.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Ramli Kasa mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Tambahnya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen.
Min pun seram sejuk baca ni.. apapun semoga mangsa yang terlibat cepat sembuh dan dapat keadilan yang sepatutnya.
Sumber: mStar