Malu diambil dari sekolah guna van buruk, bapa hanya tersenyum lihat gelagat anak
Seorang bapa hanya tersenyum apabila melayani karenah anak perempuannya ketika menjemput dari sekolah menggunakan kenderaan buruk.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki terbabit di laman TikToknya, anaknya yang lengkap beruniform sekolah sambil menggalas beg bertindak berlari ke arah van berwarna kuning yang diparkir di bahu jalan kerana bimbang dilihat oleh rakan-rakan lain.
@d1food_119 kerenah anak anak..😇😇😇
Apa lebih menyentuh hati, lelaki terbabit menitipkan nasihat buat anaknya untuk terus gigih belajar menuntut ilmu sehingga berjaya sekaligus mampu mengubah taraf hidup keluarga kelak.
“Anak-anak lari menyorok, takut kawan nampak dia naik van baba yang buruk tu.
“Adik belajar pandai-pandai ya, baru boleh beli kereta cantik-cantik,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpandangan kanak-kanak tersebut tidak sepatutnya mempunyai perasaan malu sebaliknya melihat kenderaan tersebut sebagai hasil usaha dan pengorbanan bapanya yang mahu memastikan anak-anak membesarkan menjadi insan berguna.
Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen melalui pengalaman yang sama seperti kanak-kanak tersebut namun, perasaan malu terhadap kenderaan buruk keluarga dapat diatasi dengan mengajar anak erti bersyukur, tekankan nilai kekeluargaan dan sokongan emosi.