Uyaina Arshad dedah punca kematian abang, seru orang ramai buat pemeriksaan kesihatan

Uyaina Arshad dedah punca kematian abang, seru orang ramai buat pemeriksaan kesihatan

Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad memberitahu arwah abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair Arshad yang merupakan doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan disahkan meninggal dunia akibat jantung tersumbat.

Mengadu sakit dada

Menerusi siaran langsung di Instagram (IG), Uyaina menyatakan arwah abangnya seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat serta aktif bersukan.

Arwah abang langsung tak ada simptom cuma dia pernah mengadu dekat Kak Tini (isteri arwah abang) dia sakit dada. Ini saya boleh katakan simptom-simptom awal untuk orang yang ada masalah jantung.

Dalam keadaan sebak, Uyaina, 29, berkongsi ilmu tentang serangan jantung. Katanya, penyakit itu boleh berpunca daripada keturunan atau genetik keluarga.

Tahun 2018, saya sendiri was diagnosed with two hearts condition. Yang pertama, Supraventricular Tachycardia (SVT) yang mana degup jantung saya laju. Yang kedua, Quadricuspid Aortic Valve (QAV) orang normal ada tiga tapi saya ada empat.

Mungkin berkaitan dengan kitorang, saya tak ada masalah lain cuma jantung termasuk abang saya. Keturunan atau genetik juga antara salah satu faktor tak boleh diubah yang meninggikan lagi risiko penyakit jantung.

Take note dekat situ. Keturunan atau genetik okay. Ia terutama jika membabitkan ibu bapa atau adik beradik yang terkena serangan jantung di usia muda.

Ajal tak kena usia

 

Justeru, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad mengingatkan orang ramai untuk melakukan pemeriksaan tubuh badan supaya tahu tahap kesihatan.

Saya nak ingatkan kita semua sebenarnya, kita rasa macam muda lagi. Saya masa diagnos umur 27, abang sulung saya meninggal umur 35, kita semua kena beringat yang penyakit jantung atau apa sahaja penyakit atau ajal tak kenal usia.

Kita mungkin rasa kita amalkan gaya hidup sihat, kita aktif, kita rajin bersenam, kita jaga makan, tapi tolong pergi buat check up, pergi jumpa doktor check darah, check satu tubuh badan kita.

Sumber: Instagram @uyainaarshad