Ustazah Asma’ kecewa Arab Saudi sambut Halloween “tanda bencana akhir zaman”

Ustazah Asma’ kecewa Arab Saudi sambut Halloween “tanda bencana akhir zaman”

Jika anda perasan, lama-kelamaan sambutan Halloween seolah-olah sudah diterapkan dalam budaya masyarakat timur dan di negara-negara Islam khususya.

Mana tidaknya, orang ramai mula meraikanya meskipun tidak mempunyai pertalian atau sebarang hubungkait yang kuat dengan sejarah perayaan kaum Celtic purba tersebut.

Arab Saudi sambut Halloween besar-besaran

Terbaharu, kecoh di media sosial mengenai sambutan Halloween yang diraikan secara besar-besaran di Riyadh Boulevard, Arab Saudi.

Mana tidaknya, sebuah negara yang dahulunya mengharamkan sambutan tersebut kini sudah dirayakan apabila bandar tersebut bertukar arena pesta kostum.

Difahamkan ia berlangsung pada Khamis dan jumaat lalu selain membenarkan pelawat masuk ke Boulevard secara percuma dengan syarat mereka memakai pakaian yang menakutkan.

 

@sumaiyaibrahimemu

📍👻👻

♬ This Is Halloween – The Party Cats

Kami sambut secara suka-suka

Memetik laporan Arab News, salah seorang peserta, Abdulrahman mengatakan mereka hanyalah meraikan secara suka-suka dan tiada lebih daripada itu.

“Ini perayaan besar, jujur dan menyeronokkan. Soal halal atau haram, saya tidak tahu tentang itu. Kami merayakan hanya untuk suka-suka dan tidak lebih daripada itu. Kami tidak percaya pada apa-apa pun,”katanya.

Malah, mereka juga menggambarkan acara berkenaan sebagai salah satu hiburan yang tidak berbahaya kerana tindakan tersebut didasari niat untuk berseronok sahaja.

Ustazah Asma’ Harun kecewa, jelas petanda umat akhir zaman

Melihat kepada sambutan tersebut, penceramah bebas tersohor, Ustazah Asma’ Harun meluahkan kekecewaannya apabila melihat negara Arab Saudi menerimanya secara terbuka, bahkan dirayakan secara besar-besaran.

Tindakan itu adalah tidak patut memandangkan Arab Saudi merupakan negara penjaga dua kota suci umat Islam.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ustazah Asma’ Harun mengatakan perayaan itu bukanlah pertama kali disambut, bahkan pernah berlaku pada tahun 2018. Bagaimanapun, pihak kerajaan sana menegaskan mereka melarang sama sekali perayaan berkenaan selain bertindak menangkap warganya yang terlibat.

Tegas Ustazah Asma’, sebagai seorang beragama Islam, kita haruslah menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan terhadap apa-apa jua acara yang melibatkan maksiat dan hiburan melampau.

Bukan sahaja pesta Halloween seperti yang berlaku di Arab Saudi, bahkan apa-apa jua yang jelas menyalahi hukum agama.