‘Ustaz Syamsul’ ditahan polis, disyaki cabul “bisnesman”

Polis menahan seorang lelaki di Machang semalam, beberapa jam selepas menerima laporan daripada seorang ahli perniagaan lelaki yang mendakwa dicabul suspek ketika mereka berada di sebuah hotel.

Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat, yang mengesahkan kejadian itu berkata, polis menerima laporan daripada ahli perniagaan berusia 30 tahun pagi semalam.

Katanya, laporan oleh lelaki berkenaan mendakwa dia berkenalan dengan suspek berusia 32 tahun di sebuah pasar raya pada 14 Dis.

Beliau berkata, pada malam berikutnya lelaki itu keluar bersama suspek yang dipanggilnya “Ustaz Syamsul” pada 11 malam dengan menaiki kereta suspek, dan pada 16 Dis kira-kira 1.15 pagi semalam suspek menghantar ahli perniagaan itu ke sebuah bilik hotel dekat Jalan PCB, Kota Bharu.

Menurutnya, ketika berada dalam bilik hotel itu, lelaki berkenaan mendakwa dia dicabul suspek, yang bertugas di sebuah madrasah di Machang.

“Suspek kini direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: https://perakinsights.com/2020/12/17/polis-tahan-ustaz-syamsul-disyaki-cabul-ahli-perniagaan-lelaki/