Ustaz Kazim dedah enam individu tampil bersemuka dan mohon maaf

Ustaz Kazim dedah enam individu tampil bersemuka dan mohon maaf

 

 

Kisah mengenai derita penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias, yang dipercayai telah disihir mendapat perhatian ramai. Ia susulan daripada pendedahan yang dilakukan olehnya beberapa minggu lalu.

Terbaru, beliau yang lebih mesra disapa Ustaz Kazim mendedahkan bahawa seramai enam individu telah tampil bersemuka dengannya untuk meminta maaf kerana menyihir dirinya.

Memetik laporan Kosmo, Ustaz Kazim mendakwa bahawa dua daripada mereka adalah pasangan suami isteri yang mengakui kesilapan mereka sehingga menangis teresak-esak di hadapannya.

Menurutnya, mereka sanggup berbuat sedemikian kerana perasaan hasad dengki serta rasa tidak puas hati terhadapnya.

“Banyak sebab dan yang saya boleh cerita dia marah sebab saya ceramah ada kata tentang dia dan dia malu.

Dalam pada itu, beliau  juga sebelum ini berkata bahawa beliau tidak mampu lagi menyembunyikan masalah yang dihadapi olehnya itu daripada khalayak umum.

“Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan ini, saya rasa saya tidak boleh lagi sembunyi dari orang ramai,” katanya.