‘Usop junior’ Usop menagis dapat kejutan isteri hamil

‘Usop junior’ Usop menagis dapat kejutan isteri hamil
Penyanyi Usop tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menerima kejutan daripada isterinya, Nur Fatihah Md Hashim.
Menerusi sepotong video terbaharu di akaun Instagtam miliknya, Fatihah membuat kejutan kepada Usop dengan menyorokkan alat ujian kehamilan dalam sebuah beg pakaian.
Tindakan Usop yang kemudiannya mengemas beg itu terhenti seketika selepas melihat alat ujian kehamilan sebelum mengambil dan memandang wajah isterinya dengan penuh tanda tanya.
Sebaik sahaja mendapat pengesahan bahawa isterinya berbadan dua, Usop kemudiannya meluru memeluk isterinya yang sedang duduk di atas sofa.
Tidak menjangkakan berita gembira itu, Usop mengalirkan air mata selepas beberapa kali mencium dahi Fatihah.
“Alhamdulillah rezeki Allah, I love you sayangku,” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu rakan rakan artis juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah di ruangan komen.
Antaranya Indah Ruhaila, Tajul, Datin Almy Nadia, Shiha Zikir dan Salina Saibi.
Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor dan Fatihah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 4 November 2021.