Usik dengan cicak sampai menjerit, telatah Hafiz Mahamad & Aina undang ramai terhibur

Usik dengan cicak sampai menjerit, telatah Hafiz Mahamad & Aina undang ramai terhibur

Sebut sahaja nama Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina pasti ramai yang sudah mengenali mereka kerana selain popular sebagai usahawan berjaya, mereka juga menjadi inspirasi buat orang ramai.

Apatah lagi, Hafiz Mahamad sering membantu orang yang memerlukan sehingga ada juga yang menggelarkan dirinya sebagai Ebit Lew junior.

IMG_20210711_074945

Walau bagaimanapun, terbaharu Hafiz Mahamad yang sangat aktif di media sosial membuatkan ramai netizen tidak dapat menahan ketawa mereka selepas dia mengusik Aina dengan seekor cicak.

Katanya pada awal rancangan, Aina yang ingin mengenakan suami dan anaknya namun dia pula akhirnya terkena dengan Hafiz Mahamad sehingga menjerit gara-gara terkejut selepas mengetahui disampingnya ada cicak.

Ujar Hafiz Mahamad diruangan kapsyen pula bahawa isterinya membebel setiap hari dan dia ingin memberikan hadiah PKP yang bermakna sehinggakan meriah rumah mereka gara-gara Aina yang digelar juga sebagai pengawas sekolah.

 

Dalam pada itu, ruangan komen di posting tersebut mengundang lebih dua ribu respon ramai yang ada antaranya tidak dapat menahan ketawa melihat telatah mereka yang mencuit hati.

“Kita saja buat buat tidur sampai keluar air liur basi. Ingatkan dia tunjuk airliur dekat telekung tu rupanya…”

Aina

“Kalau aku pengsan dah”

Aina

“Comelnya…”

IMG_20210711_075200