Untung jual biawak,lelaki ini sakan borong emas

Baru-baru ini viral seorang lelaki berumur 39 tahun yang obses dengan perhiasan emas hingga sanggup memakainya di leher dan tangan. Dia juga turut memilik sebuah motosikal dan kereta yang disaluti dengan emas.
Tran Duc Loi, merupakan seorang usahawan dari daerah An Giang di Vietnam telah menarik perhatian disebabkan oleh minatnya yang terlampau obses terhadap logam yang berharga itu.

Menurut Oddity Central, sejak tiga tahun yang lalu, sumber pendapatan Tran adalah dengan menjual biawak Amerika sebagai haiwan peliharaan yang mahal. Hal tersebut menyebabkab beliau mampu untuk membeli emas yang banyak.
“Dia percaya emas mampu menarik nasib baik dalam perniagaan, jadi dia mengambil keputusan untuk memakai emas sebanyak yang mungkin,” jelas Oddity Central.

“Pada mulanya saya hanya pakai beberapa utas emas dan kemudian saya tambah lagi hingga saya mula dapat rasa beratnya tapi sudah terbiasa.
“Saya juga sedang cuba mencari keseimbangan kerana emas yang kecil akan mudah pecah manakala emas yang tebal pula terlalu berat untuk dipakai dalam jangka waktu yang lama,” katanya.

Memetik Oddity Central, Duc Loi akan memakai hampir dua kilogram emas setiap kali dia keluar termasuk rantai leher seberat 250 gram, 10 bentuk cincin besar dan gelang tangan tebal serta jam tangan yang juga disaluti emas.
“Disebabkan saya pengikut Feng Shui yang memberi makna takdir keemasan, jadi ia sesuai dengan warna emas yang saya pakai,” menurutnya.

Walaupun dia menerima kecaman hebat dari netizen yang mengatakan memberi contoh yang buruk kepada anak muda, menerusi video Tiktonya telah menjadikan lelaki ini terkenal di media sosial.
Kebanyakkan videonya mendapat jutaan tontonan dan ramai juga yang memberikan komen dengan harapan boleh menjadi sepertinya yang dikelilingi dengan emas.