Ujian makmal mendapati objek ditemui bukan muntah ikan paus
Baru-baru ini tersebar tentang seorang wanita mendakwa dia menjumpai muntah ikan paus di perairan Marang. Bagaimanapun, hasil kajian yang dijalankan pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati objek tersebut bukanlah muntah dari haiwan terbabit.
Menurut Harian Metro , kajian itu disahkan oleh Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT, Profesor Madya Dr Hasrizal Shaari yang mengambil masa hingga satu minggu untuk melakukan ujian ke atas objek terbabit.
Ujian menunjukkan objek terbabit tidak memiliki tiga bahan aktid utama pada ikan paus.
Tiga bahan utama itu adalah ambrein (25 hingga 45 peratus), epicoprosterol (30 hingga 40 peratus) dan coprostanone (3 hingga 4 peratus).Jadi secara tidak rasmi saya mengesahkan bahan berkenaan bukan muntah ikan paus. – Katanya.
Pihak UMT turut memaklumkan telah menerima 18 sample objek didakwa muntah ikan paus tapi semuanya tidak memilik ambergris.
Bahan itu kemungkinan lemak sayur dan sebagainya yang terkumpul atau gumpalan sisa lain yang dibuang ke laut, tetapi hasil kajian ia terbukti bukan ambergris.
Untuk pengetahuan korang, UMT adalah satu-satunya universiti yang mampu melakukan kajian serta mengesahkan ketulenan sampel ambergris.