UEFA beri amaran, pasukan akan didenda jika pemain alih botol minuman penaja

UEFA beri amaran, pasukan akan didenda jika pemain alih botol minuman penaja

Bagai menjadi sebuah trend semasa sidang media pada Euro 2020 apabila pemain bertindak mengalihkan botol minuman Coca-Cola dan Botol Heineken yang menjadi prop penaja selepas dimulakan oleh pemain Portugal, Cristiano Ronaldo sebelum dikuti oleh bintang Perancis dan dan Itali, Paul Pogba dan Locatelli.

Walaupun tindakan pemain itu hanya untuk mengingatkan kepada orang ramai agar minum air kosong, perkara itu mendapat perhatian daripada Badan Bola Sepak Eropah, UEFA dan mereka mengingatkan pasukan yang bertanding dalam Euro 2020 agar tidak mengalihkan botol minuman penaja pada sidang akhbar.

Pengarah Pertandingan UEFA, Martin Kallen berkata bahawa mereka tidak akan mengenakan denda terhadap pemain tetapi pasukan yang diwakilinya akan didenda atas perbuatan pemain mereka.

Katanya, penajaan adalah penting kerana hadiah kemenangan yang diraih semua pasukan adalah hasil penajaan Coca-Cola, Heineken dan 10 penaja lain yang menyumbang sebanyak 2 Bilion euro (RM9.87 bilion) selain turut menjayakan kejohanan berprestij ini.

Kata Kallen, pemain perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan, namun mereka memahami tindakan pemain Muslim seperti Pogba atas alasan fahaman agama.

UEFA mengatakan bahawa mereka tidak akan mendenda pemain, sebaliknya pasukan yang diwakilinya. Tetapi denda tersebut boleh berlaku ke atas pemain, tetapi buat masa ini tiada tindakan terus ke atas pemain.

Kredit: Utusan Harian