Ubat tidur buat anak jadi mabuk, “lagi aktif ade lah..”

Biasanya kanak-kanak akan dibacakan buku cerita sebelum tidur untuk membantu mereka terlelap, namun zaman nampaknya telah berubah apabila ramai ibu bapa yang tidak lagi mengamalkan cara itu.

Salah satu cara yang lebih mudah untuk digunakan adalah dengan memberikan anak-anak makan ubat tidur dalam bentuk gula-gula melatonin agar mereka mengantuk.

Melatonin adalah hormon utama yang dikeluarkan oleh kelenjar pineal pada waktu malam dan telah lama dikaitkan dengan kawalan kitaran tidur dan bangun.

Dalam sebuah video yang tular baru-baru ini pula, seorang ibu menunjukkan hasil selepas memberikan anak kecilnya makan ubat tidur tersebut.

Video yang telah meraih hampir 1 juta tontonan itu menunjukkan bagaimana ubat tersebut langsung tidak berkesan ke atas anaknya, sebaliknya mempunyai kesan yang bertentangan.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan menunjukkan sebotol gula-gula melatonin untuk kanak-kanak yang dibeli dan diberikan kepada anaknya.

Dia kemudian menunjukkan anaknya sedang menari dengan aktif seperti orang mabuk dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mengantuk atau penat.

Video yang disertakan dengan kapsyen, “Membazir duit aku je”, membuat ramai geli hati melihat gelagat lucu anaknya yang bergoyang tidak ingat dunia.