Ubah suai kereta menyerupai kenderaan polis disita

Ubah suai kereta menyerupai kenderaan polis disita

 

 

 

 

 

Tindakan seorang lelaki mengubah suai kereta miliknya sehingga menyerupai kereta milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya memakan diri apabila kenderaan itu disita pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah terkesan viral di laman media sosial mengenai sebuah kereta yang menyerupai kereta peronda polis di sebuah pameran kereta yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang sejak semalam.

“Susulan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang telah le lokasi pameran kira-kira pukul 10.30 malam untuk menjalankan siasatan dan telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang juga merupakan pemilik kereta tersebut.

“Pihak polis juga telah menyita sebuah kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan milik pasukan polis, serangkai kunci dan sekeping slip penyertaan pameran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Kamarul Azran, lelaki yang ditahan bekerja sebagai penjual aksesori kereta dan pemeriksaan lanjut mendapati kereta tersebut mempunyai cukai jalan yang sah dan digunakan oleh suspek.

“Lelaki tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis tengah malam tadi dan kes disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada PDRM untuk menjalankan tugas,” tegas beliau.

COMMENTS