Tweet gurau nak baju raya dari Mydin, Lelaki ini terima 10 set baju raya

Tweet gurau nak baju raya dari Mydin, Lelaki ini terima 10 set baju raya

 

Rasanya semua dah sedia maklum yang bos Mydin iaitu Datuk Ameer Ali Mydin memang terkenal dengan sifat pemurahnya dalam menolong masyarakat yang serba kekurangan. Bukan itu sahaja, beliau juga sentiasa ikut trend semasa seperti buat TikTok untuk tarik perhatian pelanggan.

Baru-baru ini, viral di Twitter seorang lelaki @byzulfadhlizin tentang dirinya bergurau minta sponsor baju raya dari pihak Mydin memandangkan sebelum ini dia dan ahli keluarganya pernah beli set lengkap songkok, baju dan samping. Setia betul abang ni dengan Mydin!

 

Namun siapa sangka, ciapan yang dibuat dalam nada gurauan ini akhirnya menghadirkan rezeki yang tak disangka-sangka bila pihak Mydin sendiri menghubungi lelaki ini menerusi direct message (dm) di Twitter, menyatakan bos besar mereka mahu menaja sampai 10 set baju raya. Untungnya!

Sebelum ini, lelaki yang lebih dikenali sebagai Zulfadhli ini pernah berkongsi di Twitternya yang dia memang dari kecil beli dekat Mydin atau Kamdar kerana kualiti yang bagus dan harga berpatutan. Kain juga tahan lama dan baju tingkatan 4 kepunyaannya masih boleh pakai sampai sekarang.

Menurut pemuda ini, dia sememangnya tak sangka pihak Mydin bermurah hati untuk sponsor baju raya untuk dia dan keluarganya. Walaubagaimanapun, pemuda ini mengambil keputusan untuk menyampaikan pemberian Mydin kepada individu mualaf yang kurang berkemampuan di kawasannya. Terbaiklah!

Menjengah ke ruangan komen di Twitter, kebanyakan netizen memang menyokong jenama tempatan ini dan ramai juga yang turut berkongsi pengalaman beli baju raya di Mydin.

 

“This is why I support MYDIN❤️” – Komen netizen

Komen Mydin

Lepasni bolehla kita support jenama tempatan macam Mydin ni selalu! 

Mydin