Tutorial hidupkan ikan mentah tarik perhatian, “Tolong lah explain benda ni…”

Tutorial hidupkan ikan mentah tarik perhatian, “Tolong lah explain benda ni…”

Salah satu petua memasak makanan laut seperti ikan dan ketam adalah tangkapan-tangkapan disimpan dalam keadaan hidup dan hanya akan disiang apabila ingin digunakan.

Bahan basah yang kita beli di pasar juga jika telah terlalu lama disimpan setelah tangkapan mati, makanan laut seperti ikan, udang dan kerang yang mentah akan hilang kesegarannya dan memberi kesan terhadap rasa masakan.

Sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dari Indonesia ini mungkin boleh membantu mak-mak memastikan bahan basah yang mereka beli kekal segar.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna atas nama Fuad_29, lelaki itu menunjukkan cara untuk menghidupkan ikan yang telah mati. Videonya yang telah menarik perhatian ramai itu menunjukkan individu tersebut menghidupkan beberapa ikan laga yang kelihatannya tidak bernyawa.

Cara yang ditunjukkan adalah dia mengisi air di dalam besen sebelum memasukkan garam dan daun bawang. Dia mengacau campuran itu sebelum memindahkan ikan laga yang telah mati dari besen lain ke dalam besen tersebut.

Tidak lama kemudian ikan-ikan berkenaan mula bangun dan berenang seperti biasa, sekali gus membuat penonton ternganga kerana hairan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Lelaki itu juga menunjukkan cara yang sama untuk menghidupkan ikan yang dibelinya dari pasar, dan ikan-ikan mentah tersebut juga dilihat mula hidup kembali, mengundang pelbagai persoalan.

“DORANG PURA2 MATI…”

“Zombie fish…’

“tolong lah explain benda ni…”