“Turun tempat gelandangan, bajet bagus bagi motivasi?” – Yusuf Azmi
Tindakan keterlaluan seorang usahawan menegur warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur secara terbuka telah mengundang rasa marah orang ramai. Dalam video tular di laman sosial, usahawan tersebut dipercayai turut mempersoal kisah lampau warga emas yang dikatakan kurang berusaha.
Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi, menerusi hantaran terbaru di Instagram menyelar perbuatan biadab usahawan itu meninggikan suara pada warga emas dengan niat mahu memberi motivasi.
Katanya, usahawan itu tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan penyesalan yang dilalui penghuni di pusat terbabit.
Dalam memberi nasihat, adalah lebih baik jika ia disampaikan pada waktu yang sesuai berdasarkan keadaan dan tempat tersebut. Janganlah pula dilakukan secara terang-terangan sehingga memalukan orang lain.
Kredit: Yusuf Azmi, PU Syed