Tuntut bayaran, Alicia Amin tampil protest seorang diri di KLFW

Tuntut bayaran, Alicia Amin tampil protest seorang diri di KLFW

Model terkenal, Alicia Amin tampil bersuara susulan isu pembayaran model yang dikatakan tidak dibayar atau tidak mendapat bayaran terlalu lama oleh pihak Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @yelamango di laman TikToknya, kelihatan Alicia atau nama lengkapnya, Raja Alicia Raja Amin sedang menunjukkan protes terhadap KLFW di Pavilion, Kuala Lumpur.

 

@yelamango

#klfw2022 #klfw22 #klfw

♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi

Difahamkan juga, majoriti model masih tidak dapat bayaran daripada acara-acara yang dikendalikan oleh KLFW serta masih menunggu bayaran yang tertangguh sejak beberapa tahun yang lepas.

Malah, bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, model berusia 27 tahun itu  dihalau oleh pihak berkuasa untuk untuk berhenti daripada terus berdiri melakukan protes.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di IG story yang dimuat naik oleh Alicia, dia menjelaskan tujuan dirinya bertindak sedemikian adalah untuk mendapatkan haknya sebagai seorang model memandangkan dia sudah penat untuk melalui perkara sebegini selama 12 tahun menjadi model.

Apa masalah KLFW ni sebenarnya?

Dalam pada itu, tinjauan ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen menyelar tindakan yang dilakukan oleh pihak KLFW yang tidak membayar para model selepas penat bekerja malah, sanggup menangguh bayaran mereka sehingga bertahun-tahun.

Takpe Alicia, kami sokong belakang awak!

Bukan itu sahaja, netizen turut menyokong tindakan berani Alicia yang menjadi wakil kepada model yang lain untuk melakukan protes bagi menuntut hak mereka.

Sumber: Instagram @hangriii, TikTok @yelamango