Tunjuk cara bersihkan halaman tapi lain pula jadinya

Sering dalam hubungan perkahwinan suami yang akan melakukan kerja-kerja berat seperti mencuci kereta dan membersihkan laman dengan mesin pemotong rumput. Lelaki juga secara nalurinya suka mengajarkan sesuatu kepada orang lain untuk menunjukkan kepakaran mereka.

Hal ini adalah kerana kebanyakan lelaki dibesarkan dengan kepercayaan bahawa nilai sosial mereka adalah bergantung kepada kepakaran.

Oleh itu, apabila seorang lelaki itu dapat menunjukkan kepakaran dengan mengajar wanita sesuatu, dia mendapat ganjaran secara bawah sedar dan merasakan dirinya hebat dan menarik kepada wanita.

Perkara itu didemonstarasikan dengan baik dalam sebuah video TikTok yang tular apabila seorang suami cuba mengajarkan isterinya cara membersihkan laman dengan betul.

 

Dalam video yang dikongsikan semula di Twitter, seorang wanita dilihat sedang memakai kelengkapan berkebun dan berjalan ke arah satu longgokan daun kering yang telah dikumpulkan.

Dia kemudian menunggu suaminya datang membawa tong sampah yang kelihatan berat dan sukar untuk ditolak di atas tanah yang tidak rata.

Video yang disertakan dengan kapsyen “Dia cuba tunjuk pada isterinya cara yang betul” itu kemudian menunjukkan lelaki berkenaan terpijak penutup tong sampah berkenaan dan terjatuh ke dalamnya.

sterinya yang menyaksikan insiden itu ketawa bergolek di tanah, sementara lelaki itu bangun dan berkata satu badannya sakit.