“Tunggu rakyat mengamuk ke? Kes Selangor dah naik 4000 lebih!” – Janna Nick

“Tunggu rakyat mengamuk ke? Kes Selangor dah naik 4000 lebih!” – Janna Nick

Pelakon terkenal, Janna Nick ungkap rasa marah beringkutan melihat pada kes positif COVID-19 harian sudah mencecah lebih 8000 kes pada 8 Julai, semalam.

 

Menerusi perkongsiannya di laman media sosial Instagram, dia memuatnaik paparan grafik yang menunjukkan kes COVID-19 harian pada 8 Julai mencacat sebanyak 8,868 kes.

Memang sengaja tunggu rakyat mengamuk ke? Rakyat Malaysia pula yang memang sejenis penyabar. Selagi kita duk #rakyattolongrakyat lagi naik lemaklah yang dekat atas nuh. Buat kerja betul-betul boleh tak?

PKP lah, PKPD lah, MCO, CMCO, RMCO! Kes Selangor dah naik 4000 lebih! PKPD apanya? Kereta penuh kat jalan. Tak payah update daily cases dah.

janna nickSumber : Instagram Stories Janna Nick  

 

Tambahnya lagi, rakyat tidak akan marah jika PKP dilaksanakan dan kes positif COVID-19 di negara ini menurun, namun apa yang sedang berlaku sekarang ini sebaliknya pula.